Tips Membeli Kereta 2

Bagaimana caranya hendak mengelakkan daripada membayar lebih kepada bank??

Jika anda belum membaca post saya mengenai Tips Membeli Kereta, sila baca di sini.

Satu cara adalah dengan menjual kenderaan anda pada tahun kelima @ keenam. Tp dgn syarat, anda perlu menggunakan opsyen pertama atau ketiga daripada cth di atas.

Cthnya. Kita ambil opsyen ketiga di atas. Beli kereta baru dgn harga RM43,800, byr muka 10% dan pinjaman selama 7 tahun.

Susut nilai kereta lebih kurang 10% setahun [tetapi bergantung juga kpd keaadaan ekonomi dan pasaran kereta terpakai]. Kita ambil 10% sbg ukuran.
Tahun pertama   : RM43,800 – RM4,380 = RM39,420
Tahun kedua     : RM39,420 – RM3,942 = RM35, 478
Tahun ketiga      : RM35,478 – RM3,548 = RM31,930
Tahun keempat  : RM31,930 – RM3,193 = RM28, 737
Tahun kelima     : RM28,737 – RM2,874 = RM25,863

Maka pada tahun kelima, harga kereta anda adalah dalam anggaran RM25,000.
Kita tgk pula berapa jumlah baki pinjaman anda pada tahun kelima. Setiap bulan anda membayar RM584.25.
Maka setahun = RM7,011.00. Jumlah pinjaman anda ialah RM49,077.00.

Tahun pertama   : RM49,077 – RM7,011 = RM42,066
Tahun kedua      : RM42,066 – RM7,011 = RM35,055
Tahun ketiga      : RM35,055 – RM7,011 = RM28,044
Tahun keempat  : RM28,044 – RM7,011 = RM21,033
Tahun kelima     : RM21,033 – RM7,011 = RM14,022

Pada tahun kelima, baki pinjaman anda adalah RM14,022. Katakan harga kereta anda pada tahun kelima adalah RM20,000 [disebabkan harga pasaran kereta terpakai agak merosot, kita tolak RM5,000 dari jumlah yg telah dikira di atas]. Maka kita akan dapati jika anda menjual kereta anda pada tahun kelima, anda akan masih mempunyai baki sebanyak RM5,978 [RM20,000 – RM14,022]. Anda untung RM5,978. Duit keuntungan bukan utk anda pakai pergi melancong.. :) tetapi anda gunakan sebagai bayaran muka utk kereta baru anda. Di mana penjimatannya?? [yelah, tolak kereta lama, ambik kereta baru. Tambah hutang lagi.]

Untungnya ialah, anda hanya perlu membayar RM39,435.00 [bayaran bulan RM7,011 x 5 tahun + RM4,380 duit muka] berbanding harga sebenar kereta iaitu RM43,800.00. Jumlah yang anda bayar jauh lebih jimat berbanding harga sebenar yang anda perlu bayar kpd pihak bank iaitu RM49,077.00. Anda telah jimat RM4,365.00 [RM49,077 – RM39,435.00].

Nampak tak penjimatannya?? Inilah teknik yg sering dipakai oleh org-org yg tahu menguruskan aset [terutama aset yg mempunyai susut nilai seperti kereta]. Pemahaman org bahawa pakai kereta sampai habis bayar adalah salah sebenarnya. Dgn penerangan saya td, saya harap anda dpt memahami apa yg cuba saya sampaikan. Jika anda ada kawan yg sering bertukar kereta setiap 5 ke 6 thn, kwn anda sebenarnya bukan hendak menunjuk-nunjuk ada kereta baru tp dia melakukan seperti penerangan saya di atas. Apa yg penting…kerjasama  duit muka dan bayaran bulanan yg anda mampu bayar.

Jadi, anda bagaimana??? Tepuk poket, tanyalah duit. Jika anda mampu apa salahnya.

Perihal ahmadijat
"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

2 Responses to Tips Membeli Kereta 2

  1. VirusPronto berkata:

    thanks bro. Bagus la artikel nih.

    Mantop!!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: