PELABURAN INTERNET vs PERNIAGAAN INTERNET

Ramai masyarakat yang terkeliru  dengan  istilah  PELABURAN  INTERNET  dengan  PERNIAGAAN INTERNET. Pada mereka, apa-apa sahaja perkara yang berkaitan dengan “Buat Duit di Internet” adalah tipu dan tidak boleh dipercayai.

Membuat  duit  atau  menghasilkan  pendapatan  melalui  internet  sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. Malah terdapat ramai individu-individu di dunia amnya dan di Malaysia khususnya, telah berjaya menghasilkan duit yang banyak menerusi internet. Antara nama yang paling dikenali ramai adalah Dr. Irfan Khairi . Beliau, telah berjaya menjadi jutawan dengan hanya menjalankan perniagaan di  internet… diulangi..  PERNIAGAAN   INTERNET.

Oleh itu, biar saya ceritakan apakah itu perniagaan internet yang sebenarnya (yang sah di sisi undang-undang dan memang betul-betul boleh buat duit..insyaAllah.

Satu  kaedah  yang  paling  pasti  untuk  membolehkan  anda  membuat  duit  di internet adalah dengan  menjalankan perniagaan  anda  di internet. Perniagaan internet tidak jauh  berbeza  konsepnya  dengan  perniagaan  konvesional. Anda masih  memerlukan  produk  untuk  dijual  dan  memerlukan  pelanggan  untuk membeli.  Apa  yang  berbeza  hanyalah  proses  transaksi  urusniaga  tersebut, dimana, transaksi tersebut dijalankan secara online.

Pihak pembeli dan penjual tidak bersemuka dan berada beribu-ribu batu jauhnya. Perniagaan internet pula boleh dibahagikan kepada 2 bentuk. Iaitu , sama ada “perniagaan  yang  berasaskan”  produk  ataupun “perniagaan  yang  berasaskan perkhidmatan”.

Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan. 

Antara contoh-contoh perniagaan internet yang berasakan perkhidmatan adalah seperti :-

  • Perkhidmatan rekabentuk grafik (logo, banner, cover ebook)
  • Perkhidmatan membina website.
  • Perkhidmatan memasang perisian.
  • Perkhidmatan webhosting
  • Perkhidmatan menulis & menterjemah artikel

Perniagaan Berasaskan Produk

Bagi  perniagaan  internet  yang  berasaskan  produk pula,  ia  boleh  dibahagikan kepada 2 jenis produk. Iaitu, sama ada produk fizikal ataupun produk digital.

Antara contoh perniagaan-perniagaan internet yang berasaskan produk adalah seperti:-

Produk Fizikal

  • Menjual tikar
  • Menjual buku
  • Menjual Peta
  • …dan lain lain lagi

Produk Digital 

  • Menjual Ebook
  • Menjual Perisian-perisian
  • Menjual MP3 ceramah-ceramah pembelajaran.
  • Menjual Gambar-gambar/ grafik professional.
  • Menjual video-video tutorial

…dan bermacam-macam lagi…

Perniagaan di internet adalah sama seperti perniagaan konvensional. Rukunnya sama..  ada  penjual,  ada  pembeli  dan  ada  produk.  Di  dalam  Perniagaan Internet… . tiada istilah labur duit, goyang kaki dan kemudiannya jadi kaya.

Untuk  membina  sebuah  perniagaan  internet  yang  berjaya  bukanlah  sesuatu yang terlalu mudah. Ia memerlukan usaha yang gigih dan juga ilmu pengetahuan yang  tinggi,  terutamanya  ilmu-ilmu  yang  berkaitan  dengan  dunia  perniagaan. Untuk   membina   sebuah   perniagaan   internet   yang   berjaya,   anda   perlu mempunyai ilmu mengenai “Niche  Market Research”, “Product Development”.

Kesimpulannya… BUAT DUIT DI INTERNET bukanlah satu perkara yang ajaib dan  penuh  dengan  tipu  daya!.  Ianya  tidak  mustahil  dan  telah  pun  dilakukan dengan jayanya oleh ramai orang. Malahan, di Malaysia, terdapat ramai individu yang telah berjaya menjana pendapatan di internet.

Jadi.. usah lagi terkeliru. antara PERNIAGAAN INTERNET & PELABURAN INTERNET. Ianya adalah 2 kaedah buat duit di internet yang amat jauh berbeza.

sumber: Thanks to Mohd Suhaimy a.k.a shuth

WangCyber.com

Perihal ahmadijat
"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: