Tips Membeli Kereta 1

Kali nih AI nak bercerita mengenai pembelian kenderaan pulak. Istilah yg org bank guna – ‘Hire Purchase’ [suka sgt pakai istilah penjajah]. Yang mana lebih untung? Beli kereta tunai (tp 2nd hand), beli kereta baru [pinjaman penuh, RM0 byr muka] atau kereta baru [byr muka 10% + pinjaman selama 7 thn]???? Pernah tak kita terfikir atau kira berapa yg kita bayar pada bank utk pinjaman kereta? Berapa faedah yg bank dapat? Ok, cuba kita kira satu persatu..
———————————–
OPSYEN 1: BELI TUNAI (Kereta 2nd Hand)
————————————
Cth anda membeli kereta Perodua Kancil (tahun 2000) pada harga RM7,000. Apa yg anda dapat?
Anda akan dapat sebuah kereta yg milik anda sepenuhnya tanpa ada bebanan utk membayar hutang bulanan. Anda juga bebas daripada membayar faedah ke atas pinjaman anda kepada bank. Tp anda perlu menyimpan sedikit daripada duit gaji bulanan anda kerana kereta 2nd hand kadang-kadang mempunyai masalah-masalahnya yg tersendiri. Yelah, kereta lama kan. Banyak ‘wear and tear’ yg ada.
—————————————————
KERETA BARU (Full loan, 0 down payment)
—————————————————
Jika anda membeli kereta baru tanpa muka dengan pinjaman penuh, pecahannya adalah seperti berikut:
Cth: anda membeli kereta Proton Saga FL Executive dengan harga RM43,800.00 dgn faedah bank sebanyak 3.5%. Anda membuat pinjaman penuh dgn bayaran balik selama 9 tahun.
Harga Kereta      : RM43,800.00
Faedah Bank      :  RM43,800 x 3.5% = RM1,533.00
                           RM1,533.00 x 9 tahun = RM13,797.00
Jumlah Keseluruhan : RM43,800 + RM13,797 = RM57,597.00  —> inilah harga kereta yang anda perlu byr.
RM57,597.00 / 9 tahun [108 bulan] = RM533.30 sebulan. Ini bermakna anda telah membayar RM13,797.00 lebih daripada yg sepatutnya anda bayar kepada pihak bank.
——————————————————————-
KERETA BARU [byr muka 10% + pinjaman selama 7 thn]
——————————————————————-
Kita ambik cth yg sama seperti di atas.
Cth: anda membeli kereta Proton Saga FL Executive dengan harga RM43,800.00 dgn faedah bank sebanyak 3.5%. Anda membuat pinjaman 90%, bayar muka sebanyak RM4,380 [10% harga kereta] dgn bayaran balik selama 7 tahun.
Harga Kereta    : RM43,800.00
Pinjaman Bank  : RM43,800 – RM4,380 = RM39,420.00
Faedah Bank     : RM39,420 x 3.5% = RM1,379.70
                                 RM1,379.70 x 7 tahun = RM9,657.00
Jumlah Keseluruhan : RM39,420 + RM9,657 = RM49,077.00  —> inilah harga kereta yang anda perlu byr.
RM49,077.00 / 84 bulan [7 tahun] = RM584.25 sebulan. Ini bermakna anda hanya membayar RM9,657.00 lebih daripada yg sepatutnya anda bayar kepada pihak bank.
Berdasarkan kiraan ini anda boleh nilai sendiri opsyen mana yg sesuai dgn bajet anda. Saya akan sambung pd post akan dtg utk bercerita bagaimana nak kurangkan bayaran faedah pd bank. Jumpa lagi ye…Tips Membeli Kereta 2

Perihal ahmadijat
"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

2 Responses to Tips Membeli Kereta 1

  1. amin berkata:

    Yang mana lebih untung? mane jawapan dari admin sendiri?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: