TV Al Hijrah di Astro 114

Bermula 1 Jun yang lepas, TV berlandaskan Islam pertama di Malaysia iaitu TV AlHijrah boleh ditonton di Astro. Saluran untuk TV AlHijrah ni ialah saluran 114. Pada yang tak tahu, TV AlHijrah nih adalah saluran TV Islam yang dimiliki oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda iaitu bekas Ketua Pegawai Operasi TV9 milik Media Prima.

Siaran percuma yang bertemakan “Segalanya Bermula di Sini” itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Sebanyak 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti Iran, Indonesia, Turki dan Belanda. Sejumlah 30 peratus daripada kandungan tempatan diterbitkan sendiri TV AlHijrah.

Diharap dengan adanya TV Islam di negara kita ni, makin banyak la ruang untuk kita berdakwah melalui media elektronik. Takdela asyik tengok hiburan je kan? Jadi, jom kita support TV AlHijrah ramai-ramai.

Perihal ahmadijat
"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: