Ancaman Wabak E-Coli

Bakteria ‘E-Coli’ disyaki menular ke Amerika Syarikat. Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit mengesahkan, tiga orang mempunyai simptom dijangkiti bakteria maut itu, selepas pulang dari Jerman. Jurucakapnya, Tom Skinner memberitahu A-F-P, pengesahan rasmi hanya akan dibuat selepas memperoleh analisis ujian sampel najis.

Terdahulu, tujuh orang di Britain disahkan dijangkiti bakteria ‘E-Coli’. Ini termasuk tiga warga tempatan yang mengunjungi Jerman baru-baru ini. Keseluruhannya, ‘E-Coli’ telah meragut 18-nyawa di Eropah. Sehingga kini, pihak CSI berkuasa Jerman masih gagal menemui sumber bakteria itu. Bagaimanapun, pengguna dinasihatkan agar mengelak daripada memakan sayuran mentah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran, Eropah kini berdepan ancaman wabak maut. Jurucakapnya, Gregory Hartl berkata, penularan wabak kali ini berbeza dengan wabak-wabak sebelum ini. Amaran itu dikeluarkan, ketika para penyelidik di Jerman dan China mendakwa telah berjaya memecahkan kod genetik ‘E-Coli’. Analisis awal menunjukkan, bakteria itu kebal daripada antibiotik, amat berbahaya dan boleh membunuh. ((AFP))

sumber: http://beritaradio.rtm.gov.my/BERITA/BERITADUNIA/

Bahaya sungguh bakteria Escherichia coli (susah benor nyebutnye) @ E-Coli nih. Hidup di zaman serba canggih ni la padahnya. Sampai nak makan sayur pun dah jadi masalah sekarang. Org dulu2 rileks je makan sayur yg tanam kat luar rumah. Nasib badan, saper suruh lahir lambat.🙂

Perihal ahmadijat
"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

2 Responses to Ancaman Wabak E-Coli

  1. Mr Rileks berkata:

    macam2 dh skrg nie…😦

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: