Gerhana Bulan Penuh


Pada hari Khamis ni (16 Jun 2011) satu lagi fenomena angkasa lepas (yang membuktikan kekuasaan Maha Pencipta) akan dapat disaksikan oleh orang ramai. Fenomena gerhana bulan penuh dijangka akan berlaku antara jam 1.25 pagi hingga 6.59 pagi Khamis. Kalau tgk pada masa tu, ini antara fenomena gerhana bulan yang agak panjang. Lebih kurang 5 jam lebih.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyarankan semua masjid dan surau untuk mengadakan solat sunat khusuf beserta khutbah gerhana. Kalau tak silap masjid-masjid utama di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan buat solat khusuf pada jam 3 pagi.

Rasanya semua org dah tahu apa itu fenomena gerhana bulan, kan?? Masa sekolah dulu mesti dah belajar sains.Tambah2 pulak bdk-bdk sekolah sekarang, sek rendah dah belajar sains. Tp kita ulang la balik ye. Gerhana bulan ni terjadi bila bulan jatuh dikawasan bayang-bayang bumi. Kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah dlm satu barisan sejajar. Tengok la gambar kat bawah ni lagi senang faham kot..

Dari segi pandangan Islam, Rasullullah SAW pernah bersabda:

Hadis Al-Mughirah bin Syu’bah r.a katanya:
“Matahari telah gerhana pada masa Rasulullah s.a.w di hari kematian Ibrahim iaitu anak lelaki baginda. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkannya. Oleh itu apabila kamu melihatnya berdoalah kepada Allah dan dirikanlah sembahyang sehinggalah gerhana itu hilang” 
(Riwayat Muslim)

Jadi sebagai umat Islam, kita digalakkan utk mengerjakan Solat Sunat Khusuf @ Solat Sunat Gerhana sebagai tanda kesyukuran di atas kebesaran Allah SWT. Hukum mengerjakan solat ini adalah Sunat Muakad (sunat yg sangat digalakkan). Jangka waktu nak buat solat ini ialah masa gerhana berlaku sehingga gerhana tamat.

Cara Solat Gerhana

Ada 2 cara mengerjakan solat gerhana iaitu:

1. Dikerjakan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunnat biasa.

2. Dikerjakan 2 rakaat, yang pada setiap rakaat ruku’nya dilakukan dua kali, yaitu sesudah membaca Al Fatihah dan surah, lalu ruku. Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lalu ruku yang kedua. Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang kedua, kemudian bangkit berdiri untuk rakaat yang kedua. Pada rakaat yang kedua ini, ruku dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian diakhiri dengan tahiyat.

Ha, jgn terkejut plak. Satu rakaat ada 2 kali rukuk. Itulah cara mengerjakan solat gerhana yang Nabi SAW buat. Tp jangan silap ye, solat ni dikerjakan bila berlakunya fenomena gerhana bulan atau gerhana matahari.

Terima kasih kpd sumber:

1. http://yaneyms.blogspot.com/

2. http://www.abgshah.com/

3. http://attazkirah.wordpress.com/

Perihal ahmadijat
"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

4 Responses to Gerhana Bulan Penuh

  1. Mr Rileks berkata:

    boleh tgok pagi nie nnt… tp kwsan malaysia kene gak ke?

    • ahmadijat berkata:

      Msia pun kene…

      Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia.

      Moon enters penumbra: 2011 Jun 16 01:22:52
      Moon enters umbra: 2011 Jun 16 02:22:24
      Start of totality: 2011 Jun 16 03:21:57
      Maximum eclipse: 2011 Jun 16 04:12:24
      End of totality: 2011 Jun 16 05:02:50
      Moon leaves umbra: 2011 Jun 16 06:02:22
      Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16 07:02:02

      Umbral magnitude: 1.705
      Penumbral magnitude: 2.712

      Duration of total phase: 1h 40m 52s
      Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
      Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s

  2. Junaidiey berkata:

    Indahnya ciptaan Yang Maha Esa…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: