Kisah Para Rasul

Santapan Rohani.

Percaya kepada Rasul pilihan Allah SWT adalah salah satu daripada Rukun Iman. Umat Islam wajib beriman kepada semua rasul yang telah diutuskan Allah SWT tanpa membeza-bezakan antara seorang rasul dengan rasul yang lain.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 285:

Maksudnya:”Kami tidak membeza-bezakan antara seseorang pun (dengan yang lain)daripada rasul-rasul-Nya”.

Menurut riwayat Mardawih, jumlah keseluruhan nabi yang telah dipilih Allah SWT ialah berjumlah 124,000 orang. Daripada jumlah tersebut, hanya 313 orang dipilih menjadi rasul. Namun, jumlah sebenar para nabi hanya diketahui Allah Yang Maha Mengetahui. Di dalam Al-Quran, hanya 25 orang rasul sahaja yang disebut namanya iaitu mulai dengan Nabi Adam as sehinggalah Nabi Muhammad SAW.

Setiap Mukmin dan Mukminah wajib mengetahui nama 25 orang rasul terpilih iaitu:

Setiap rasul yang disebut namanya di dalam Al-Quran mempunyai riwayat atau kisah hidup yang tersendiri. Setiap rasul diberi cabaran dan dugaan yang pelbagai bentuk oleh Allah SWT bagi menguji tahap keimanan mereka. Ada juga di kalangan para rasul yang diberi mukjizat atau keistimewaan tertentu bagi membuktikan kepada umat yang hidup pada zaman tersebut bahawa beliau benar-benar rasul yang dipilih Allah SWT.

Mukjizat yang diberi kepada para rasul ini sebenarnya dipengaruhi oleh kehidupan manusia pada zaman tersebut. Contohnya, pada zaman Nabi Musa as, ramai manusia mengamalkan sihir maka Allah SWT mengurniakan tongkat kepada Nabi Musa as sebagai mukjizat bagi mengalahkan sihir. Antara contoh mukjizat rasul yang lain ialah Nabi Yusuf as boleh mentafsir mimpi dan Nabi Sulaiman as yang boleh bercakap dengan haiwan serta menguasai jin.

Terdapat banyak lagi kisah-kisah menarik para rasul yang boleh kita baca. AI secara kebetulan telah terjumpa dengan satu e-book yang bertajuk 25 Kisah Para Nabi. Di bawah ni Ai letak link untuk download kepada sesiapa yang berminat. Semoga kita beroleh rahmat Allah SWT.  Wallallhualam.

E-book 25 Kisah Para Rasul

Perihal ahmadijat
"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

3 Responses to Kisah Para Rasul

  1. Mr Rileks berkata:

    makaseh share info nie bro…🙂 rmai yg krg tahu g pasal bab2 nie..

  2. najwa nadirah berkata:

    saya amat suke mencari kisah2 rasul nie
    nnti sya nk tangok lagi by…:)🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: