Solat Dhuha

Banyak orang selalu berfikir macam mana nak dapat duit lebih. Sampai ada yang tertipu beribu-ribu ringgit kerana terpedaya dengan tarikan pelaburan yang tak sah. Memangla duit tak boleh dibawa ke kubur, tapi di dunia ni duit boleh beli pelbagai benda.

Firman Allah SWT:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)

Tapi ramai di antara kita yang terlupa duit yang kita dapat tu datangnya daripada siapa. Apa pun cara yang kita gunakan untuk dapatkan duit, rezeki yang kita perolehi tu semuanya datang dari Allah SWT Yang Maha Berkuasa.

Salah satu cara untuk kita mensyukuri nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada kita ialah dengan mengamalkan Solat Dhuha setiap pagi. Seperti firman Allah di atas, jika kita lakukan secara istiqamah, nescaya Allah akan mengurniakan rezeki kepada kita. Tapi kalau tak dapat, jangan la kita anggap Allah telah menipu kita pulak. Mungkin ada rancangan yang lebih baik untuk kita pada masa hadapan. Hanya Allah yang mengetahuinya. Kita perlu yakin bahawa apa yang berlaku ada hikmahnya. Jika kita amalkan solat dhuha dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah, pasti ada rezeki untuk kita.🙂

Perihal ahmadijat
"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: