Malaysia lwn Singapura

Gambar: Terima kasih kpd http://portalsukan.com/

Malam ni Pasukan Harimau Malaya akan berentap sekali lagi dengan Pasukan Singapura untuk Kelayakan Piala Dunia 2014. Sape-sape yang mungkin tak tahu lagi, perlawanan pertama di Singapura tempoh hari…Pasukan Malaysia tewas denga jaringan 3-5. Tapi yang bagusnya, kita ada 3 gol jaringan tempat lawan. Apa yang bestnya gol tempat lawan ni??

Buat rakyat Malaysia yang buta huruf  tak faham konsep timbal balik dan jaringan tempat lawan yang dipraktikkan dalam bola sepak, biar AI terangkan sikit. Dalam perlawanan bola sepak ada satu konsep yang dipanggil kemenangan disebabkan gol jaringan di tempat lawan. Contoh terbaik ialah perlawanan Malaysia dengan Singapura ni. Malaysia berjaya menjaringkan 3 gol di Singapura. Jadi jika perlawanan malam ni berakhir dengan Malaysia menang 2-0..secara agregatnya Malaysia dan Singapura terikat 5-5 (jumlah jaringan kedua-dua tempat dicampurkan).  Tetapi disebabkan Malaysia telah mempunyai kelebihan jaringan 3 gol di tempat lawan, Malaysia secara automatiknya akan diisytiharkan  sebagai juara. Jika, DIULANG jika Malaysia menang 6-4 pd malam ini, secara agregatnya kedua-dua pasukan seri 9-9. Tetapi Singapura akan dikira pemenang sebab Singapura score 4 gol di tempat lawan. Macam tu lah kiraannya.

Tengoklah macam mana keputusan perlawanan malam ni. Adakah ketiadaan Safiq Rahim akan menyebabkan bahagian tengah Malaysia menjadi pincang atau Amar Rohidan mampu manggalas tugas mengawal bahagian tengah. Mungkin juga tugas mengawal bahagian tengah akan diberi kepada  Ismail Faruqi Ashari. Percaturan Datuk K Rajagobal juga melibatkan persefahaman di bahagian pertahanan antara Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak (yang dah pulih daripada kecederaan), Muslim, Fadhli Shas, Mahali Jasuli dan Asrarudin. Jika benteng kita kukuh, Singapura akan menghadapi masalah untuk menjaringkan gol. Tak lupa juga benteng terakhir negara yang akan dikawal oleh Sharbinie atau Khairul Fahmi. Malam ini segalanya akan terbongkar.

AI percaya semua rakyat Malaysia akan mengharapkan kemenangan buat pasukan negara dan seterusnya melakar satu lagi sejarah manis dalam dunia bola sepak tanah air kita setelah sekian lama suram.

Perihal ahmadijat
"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

4 Responses to Malaysia lwn Singapura

  1. BroZooL berkata:

    Harap Malaysia akan menang malam ni..go harimau malaya..kita baham singa..

  2. ahmadijat berkata:

    Pengajaran berguna buat semua pemain muda…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: