Datuk Bandar Mengamuk?

Petikan daripada http://mynewshub.my/bm

Seorang datuk bandar Eropah Timur kecewa dengan orang ramai yang meletakkan kereta mewah mereka di lorong-lorong basikal secara haram di bandarnya telah menaiki sebuah kereta kebal untuk memastikan mesejnya didengar dengan “kuat dan jelas.”

Arturas Zuokas, datuk bandar Vilnius, ibu kota Lithuania, telah mengeluarkan satu rakaman video yang menampilkan dirinya di tempat kawalan sebuah kereta kebal lapan roda menggelek dan menghancurkan sebuah kereta Mercedes Benz yang diletakkan secara haram di lorong basikal.

Apabila pemilik kereta keluar daripada sebuah kedai dan melihat kerosakan yang berlaku, Zuokas menjabat tangan pemilik tersebut dan memberitahunya, “Lain masa,letakkan kereta anda secara sah.”

“Datuk bandar Zuokas inginkan mesejnya terang dan jelas menyatakan bahawa bandar itu tidak akan bersabar dengan tingkah laku biadab dan tidak tahu malu oleh pemandu yang tidak mematuhi peraturan meletakkan kereta.” jurucakap Zuokas, Irma Juskenaite memberitahu U.K Guardian.

“Datuk bandar berharap dia tidak perlu lagi mengulangi ‘persembahannya’ supaya semua pemandu mengendahkan mesejnya, walaupun dia mengatakan yang dia bersedia untuk berbuat demikian,” katanya.

Irma menambah bahawa kereta mewah itu dibeli khusus untuk ‘persembahan’ itu.

Harharhar. AI rasa ini adalah cara terbaik untuk ‘mengajar’ orang ramai untuk meletak kenderaan dengan betul dan di tempat yang betul. AI sendiri pun kadang-kadang ‘hangin’ je dengan kereta-kereta yang diletak tak kena tempat sampai menyusahkan orang lain. Lagi best ada yang sampai ‘block’ sebelah jalan. Tinggal la satu jalan je untuk kenderaan dari dua-dua hala nak lalu. Memang dasar pentingkan diri sendiri. Nak mudahkan diri sendiri tanpa memikirkan masalah yang orang lain tanggung sebabkan dia.

Bayangkan kalau Datuk Bandar Kuala Lumpur buat ‘persembahan’ yang sama. Pergghhh, mesti ramai yang mengamuk sebab kereta hancur, kan?? Mesti media cetak dan elektronik akan kecohkan hal ni sampai 2-3 minggu. Tetapi di Malaysia kemungkinan nak ada ‘persembahan’ macam ni dari seorang Datuk Bandar tu agak mustahil la. Paling kuat pun pihak berkuasa Bandaraya datang dan ‘clamp’ kereta yang meletak kereta di tempat yang salah. Tu je la yang kita mampu buat.

Perihal ahmadijat
"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: