Tokoh Islam dalam bidang zoologi

Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ni, AI nak bawakan kisah cendekiawan Islam yang terkenal pada zamannya. Selalu kita dengar nama seperti Ptolemy, Aristotle, Isaac Newton atau Leonardo Di Caprio Da Vinci sampai kita terlupa kepada cendekiawan Islam yang terlebih dahulu hidup dan menguasai pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, geografi, matematik, astronomi, kejuruteraan dan banyak lagi. Teruskan membaca kiriman ini

Cerita Nabi: Peperangan Badar – 17 Ramadhan

Salam Ramadhan. Sedar tak sedar, dah 16 hari kita berpuasa. Lagi 14 hari kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Hari kemenangan setelah sebulan kita berpuasa. Besok, 17 Ramadhan adalah satu hari yang bersejarah bagi umat Islam. Apa yang menarik mengenai 17 Ramadhan ni?? Teruskan membaca kiriman ini

Datuk Bandar Mengamuk?

Petikan daripada http://mynewshub.my/bm

Seorang datuk bandar Eropah Timur kecewa dengan orang ramai yang meletakkan kereta mewah mereka di lorong-lorong basikal secara haram di bandarnya telah menaiki sebuah kereta kebal untuk memastikan mesejnya didengar dengan โ€œkuat dan jelas.โ€ Teruskan membaca kiriman ini

Kisah Labu Sayong

Sekadar HiasanSalam hari Ahad. Hari ni AI nak bercerita mengenai labu sayong. Korang penah tgk macam mana labu sayong di buat? Bila kita sebut labu sayong, ianya sangat sinonim dgn negeri Perak DR. Sebab apa? Sebab asal usul labu sayong ialah dari Perak terutama daerah Kuala Kangsar.

Kraftangan tembikar ni dah lama bertapak di negeri Tanah Melayu. Teruskan membaca kiriman ini

Myvi Baru

Spyshot model terbaru Myvi yang dijangka akan keluar tak lama lagi. Gambar ni diambil di kawasan Sungai Choh, mungkin tgh buat final check. Logo (emblem) dan fog lamp ditutup dgn tape putih. Myvi model baru ini dijangka akan mendapat sambutan hangat daripada peminat kereta Perodua dan tempahan utk mendapatkan kereta ini telah pun dibuka bermula pada hari ini.

Gambar: thanks to paultan.org

Daulat Tuanku !!!

Sempena Hari Keputeraan Rasmi
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.M., D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.U.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Perak), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur de la Legion de Honneur (France)

dan

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Nur Zahirah
D.M.N., D.K. (Terengganu), S.S.M.Z., S.S.M.T. (Terengganu)

Ancaman Wabak E-Coli

Bakteria ‘E-Coli’ disyaki menular ke Amerika Syarikat. Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit mengesahkan, tiga orang mempunyai simptom dijangkiti bakteria maut itu, selepas pulang dari Jerman. Jurucakapnya, Tom Skinner memberitahu A-F-P, pengesahan rasmi hanya akan dibuat selepas memperoleh analisis ujian sampel najis.

Terdahulu, tujuh orang di Britain disahkan dijangkiti bakteria ‘E-Coli’. Ini termasuk tiga warga tempatan yang mengunjungi Jerman baru-baru ini. Keseluruhannya, ‘E-Coli’ telah meragut 18-nyawa di Eropah. Sehingga kini, pihak CSI berkuasa Jerman masih gagal menemui sumber bakteria itu. Bagaimanapun, pengguna dinasihatkan agar mengelak daripada memakan sayuran mentah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran, Eropah kini berdepan ancaman wabak maut. Jurucakapnya, Gregory Hartl berkata, penularan wabak kali ini berbeza dengan wabak-wabak sebelum ini. Amaran itu dikeluarkan, ketika para penyelidik di Jerman dan China mendakwa telah berjaya memecahkan kod genetik ‘E-Coli’. Analisis awal menunjukkan, bakteria itu kebal daripada antibiotik, amat berbahaya dan boleh membunuh. ((AFP))

sumber: http://beritaradio.rtm.gov.my/BERITA/BERITADUNIA/

Bahaya sungguh bakteria Escherichia coli (susah benor nyebutnye) @ E-Coli nih. Hidup di zaman serba canggih ni la padahnya. Sampai nak makan sayur pun dah jadi masalah sekarang. Org dulu2 rileks je makan sayur yg tanam kat luar rumah. Nasib badan, saper suruh lahir lambat. ๐Ÿ™‚