Kisah Labu Sayong

Sekadar HiasanSalam hari Ahad. Hari ni AI nak bercerita mengenai labu sayong. Korang penah tgk macam mana labu sayong di buat? Bila kita sebut labu sayong, ianya sangat sinonim dgn negeri Perak DR. Sebab apa? Sebab asal usul labu sayong ialah dari Perak terutama daerah Kuala Kangsar.

Kraftangan tembikar ni dah lama bertapak di negeri Tanah Melayu. Mengikut sejarah, kraftangan tembikar ni bermula sejak zaman batu lagi. Ada bukti penemuan artifak yg merujuk kpd seni tembikar.  Tetapi untuk sejarah labu sayong ni, ada beberapa versi. Dari segi sejarah, terdapat pelbagai  cerita yang wujud tentang asal usul tercipta dan berkembangnya kegiatan perusahaan labu sayong di Perak. Mula-mula dulu org buat labu sayong ni untuk kegunaan sendiri, tetapi lama-kelamaan ianya bertukar menjadi satu yang komersial. Asal nama labu sayong ni sebenarnya datang dari buah labu yang digunakan utk mengisi air oleh orang-oang kampung di Mukim Sayong, Perak.

Mengikut versi sejarah tempatan, asal-usul penciptaan labu sayong bermula daripada penggunaan buah labu sebagai alat untuk mengisi air. Pada zaman dahulu, masyarakat  Sayong di  Perak  menggunakan labu tua yang dikeringkan dan dibentuk menjadi satu bekas berbentuk labu yang boleh diisi air untuk kegunaan menyimpan air dan minuman. Apabila masa berlalu dan masyarakat sudah berupaya untuk menghasilkan peralatan rumah  menggunakan tanah, maka labu mula beransur-ansur digantikan dengan sejenis tembikar yang sama bentuk dan fungsinya dengan labu dan dikenali sebagai labu sayong.

Satu lagi versi sejarah labu sayong iaitu kegiatan membuat labu sayong telah dimulakan oleh ‘Tuk Kaluk’ yang dikatakan telah datang dari daerah Minangkabau, Sumatera. Menurut cerita, Tuk Kaluk mula memperkenalkan penciptaan tembikar daripada tanah liat pada kira-kira tahun 1810 iaitu semasa Perak di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain. (Sebenarnya pemerintah Perak pada masa itu ialah Sultan Abdul Malik Mansur Syah (1806-1825). Menurut cerita ini, Tuk Kaluk merupakan seorang yang mempunyai hubungan yang amat rapat dengan istana. Beliau dikatakan telah dianugerahi sebidang tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai jasa dan kepandaiannya membuat hasil kraftangan seperti pedang, parang, keris dan tembikar. Sejak daripada itulah Tuk Kaluk mula menyumbangkan kebolehannya membuat labu sayong kepada penduduk Kampung Kepala Bendang. Lama kelamaan penduduk di situ pandai membuat labu sayong dan mewarisi kepandaian tersebut hingga sekarang.

Walau apapun perbezaan pandangan yang wujud tentang asalusulnya, seni membuat tembikar, jelasnya, adalah dicipta oleh orang Melayu tempatan dan di Perak ia hanya wujud di beberapa tempat yang tertentu sahaja. Mengikut kajian, sehingga tahun 1903, perusahaan membuat tembikar di Perak didapati hanya wujud di empat lokasi atau daerah utama. Tiga daripadanya terletak di sepanjang pesisiran Sungai Perak. Pertamanya ialah di Lenggong iaitu di utara atau hulu Sg. Perak, kedua di Sayong, Kuala Kangsar dan ketiga di Pulau Tiga, hilir Sungai Perak.

Kat sini AI ada upload video pembuatan labu sayong.

Perihal ahmadijat
"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

6 Responses to Kisah Labu Sayong

  1. Mr Rileks says:

    baru ku tahu mcm nie asal usul bende nie.. trima bro.. 🙂

  2. Mr.Kerro says:

    yep! labu sayong di klaua kangsar mmg byk baut hehehe

  3. BroZooL says:

    Saya dok kawasan kuala kangsar bro..memang terkenal labu sayong kat kawasan ni..yg paling best orang suka beli labu sayong ni sebab minum air dari labu sayong sejuk jer rasanya..

    • ahmadijat says:

      Memang tepat sekali BroZool,

      Kalau letak air dlm labu sayong ni, memang sejuk jer bila kita minum.

      Sape tak percaya, boleh try sendiri.

Tinggalkan Jawapan kepada ahmadijat Batal balasan